i)Kata nama khas
Kata nama khas merujuk khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,benda, tumbuhan , perbadanan,pangkat,undang-undang,bangsa, bahasa dan sebagainya
contoh : Puan Zarina,Profesor Ahmad, Bank Simpanan Nasional, Perdana Menteri dan sebagainya. Dalam tulisan, huruf pertama mesti ditulis dengan huruf besar.
Kata nama Khas juga boleh dibahagi kepada dua bab iaitu nama khas hidup dan nama khas bukan hidup. Nama khas hidup pula ada dua iaitu manusia dan bukan manusia. Contoh Muhd Hakimin dan Si Comot.
ii)Kata nama am
Kata nama am merujuk kepada benda,perkara,atau konsep yang umum sifatnya.Dalam tulisan,huruf pertama ditulis dengan huruf kecil kecuali ketika memulakan ayat. Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberap kategori iaitu kata nama tunggal,kata nama terbitan,kata nama majmuk, dan kata nama ganda.
*kata nama tunggal – guru,sekolah, Negara,rumah dan sebagainya
(perkataan yang terdiri daripada kata dasar)
* kata nama terbitan – ketua,kehendak, jutawan,penyapu dan sebagainya
(terhasil dari proses pengimbuhan)
*kata nama majmuk – guru besar,kucing, balai polis
(terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih)
*kata nama ganda – buku-buku,burung-burung, kuih muih dan sebagainya
(kata yang telah mengalami proses penggandaan)
iii)Kata ganti nama
Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada enam kategori :
* kata ganti diri
(pertama : aku,saya)
(kedua : awak, kalian)
(ketiga : dia, mereka)
*kata ganti tanya
(apa,siapa,mana)
* kata ganti diri singkat
(ku, mu, kau)
(sini,situ)
*kata ganti tunjuk
(ini,itu)
*kata ganti tak tentu
(apa-apa,siapa-siapa,bila-bila)
|
rama-rama |