Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 22 Oktober 2012





Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"
(Wan Mohd. Zahid, 1988)
KATA KERJA
        Kata kerja ialah perkataan bagi menyatakan   sesuatu perbuatan.
        Kata kerja terbahagi kepada dua subgolongan;









Selasa, 9 Oktober 2012






MORFOLOGI 
(GOLONGAN KATA)

Morfologi bermaksud ilmu bahasa yang mengkaji struktur,bentuk dan penggolongan kata dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Struktur kata pula bermaksud susunan bentuk bunyi dan tulisan yang menjadi laras bahasa bermakna.  Bentuk kata pula adalah tatabahasa sama ada dalam tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata adalah proses menjenis atau mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dalam ayat.

 Menurut  Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Penggolongan kata terdapat konstituen-konstituen utama iaitu Frasa subjek dan Frasa predikat. Kedua-dua frasa ini membentuk :

    -  frasa nama (FN)

     -  frasa kerja (FK)

     - frasa adjektif (FA)

   -  frasa sendi nama (FS)

Setiap frasa-frasa tersebut mengandungi tunjang yang mewakili frasa-frasa  
tersebut. Kata nama ,kata kerja dan kata adjektif adalah kata utama kerana   menjadi inti frasa-frasa ayat iaitu frasa nama,frasa kerja,dan frasa adjektif.  Golongan kata ini tidak menjadi frasa utama kerana dikelompok dalam klausa   secara langsung dan kata secara kolektif iaitu kata tugas. Secara kesimpulannya  golongan kata dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat :
  -   kata nama

    -  kata kerja

     - kata adjektif
      -kata tugas

1)KATA NAMA

Kata nama boleh di kategori kepada tiga kumpulan iaitu, kata nama khas, kata
nama am dan kata ganti diri.

      i)Kata nama khas
Kata nama khas merujuk khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,benda, tumbuhan , perbadanan,pangkat,undang-undang,bangsa, bahasa dan sebagainya
contoh : Puan Zarina,Profesor Ahmad, Bank Simpanan Nasional, Perdana Menteri dan sebagainya. Dalam tulisan, huruf pertama mesti ditulis dengan huruf besar.
Kata nama Khas juga boleh dibahagi kepada dua bab iaitu nama khas hidup dan nama khas bukan hidup. Nama khas hidup pula ada dua iaitu manusia dan bukan manusia. Contoh  Muhd Hakimin dan Si Comot.

     ii)Kata nama am
Kata nama am merujuk kepada benda,perkara,atau konsep yang umum sifatnya.Dalam tulisan,huruf pertama ditulis dengan huruf kecil kecuali ketika memulakan ayat. Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberap kategori iaitu kata nama tunggal,kata nama terbitan,kata nama majmuk, dan kata nama ganda.
*kata nama tunggal – guru,sekolah, Negara,rumah dan sebagainya
(perkataan yang terdiri daripada kata dasar)
*      kata nama terbitan – ketua,kehendak, jutawan,penyapu dan sebagainya
(terhasil dari proses pengimbuhan)
*kata nama majmuk – guru besar,kucing, balai polis
(terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih)
*kata nama ganda – buku-buku,burung-burung, kuih muih dan sebagainya
(kata yang telah mengalami proses penggandaan)

      iii)Kata ganti nama
Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada enam kategori :      
   kata ganti diri 
   (pertama : aku,saya)
   (kedua : awak, kalian)
   (ketiga : dia, mereka)
*kata ganti tanya
(apa,siapa,mana)
* kata ganti diri singkat
(ku, mu, kau)
*kata ganti tempat
(sini,situ)
*kata ganti tunjuk
(ini,itu)
*kata ganti tak tentu
(apa-apa,siapa-siapa,bila-bila)







rama-rama

Khamis, 4 Oktober 2012


                                              NILAI-NILAI MURNI

Definisi : Suatu perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila  individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Dalam pendidikan, nilai-nilai murni secara rasmi diberi penekanan melalui Laporan Kabinet.












Rabu, 3 Oktober 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi daan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuraan keluarga, masyarakat dan negara.


Selasa, 2 Oktober 2012

KATA NAMA AM
Pilih kata nama am yang sesuai.

1. Mangsa ragut itu membuat laporan di (pejabat pos / balai polis).

2. Fazilah sedang memberi makanan kepada ( arnab / harimau ) peliharaannya.

3. ( Mekanik / Doktor ) itu sedang membaiki enjin kereta.

4. ( Nelayan / Penoreh ) itu sedang menangkap ikan di laut.

5. Kita harus menghormati ( doktor / guru ) kerana mereka memberi ilmu kepada kita.