Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 2 Mei 2013




MENGHURAIKAN KONSEP TATABAHASA dan
                        MENGANALISIS EMPAT KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA OLEH MURID DI DALAM BILIK DARJAH

i)                    MENGHURAIKAN KONSEP TATABAHASA
PENGENALAN
Menurut Nik Safiyah Karim dan rakan-rakannya( Tatabahasa Dewan Jilid 1 1992 halaman xviii ),tatabahasa membawa takrif bahasa yang terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya.Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna.Penyelidikan terhadap tatabahasa biasanya dilakukan dari segi cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan dari segi cara perkataan-perkataan ini disusun menjadi ayat.Dalam istilah ilmu linguistik bidang huraian pada peringkat perkataan disebut morfologi sementara bidang huraian pada peringkat ayat diberi nama sintaksis.

MORFOLOGI
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

DEFINISI MORFOLOGI
Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
 Manakala  Abdullah Hassan  juga menyatakan definisi  morfologi dalambuku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Manakala Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.
O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun  2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Unit-unit dalam morfologi ada dua iaitu morfem dan perkataan.
MORFEM
Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.Morfem dan kata berbeza daripada segi fungsi daan konsep.Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermaakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.Contohnya tidur.Tidur tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipisahkan menjadi ti dan dur.Sebaliknya kata tertidur boleh dipecahkan kepada dua morfem iaitu ter dan tidur.Jelas di sini perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
            Morfem boleh bersifat bebas atau terikat.Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian.Sebaliknya morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain.Sebagai contoh perkataan sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan an- dalam lautan ialah morfem-morfem terikat, oleh itu unit-unit ini tidak boleh wujud tanpa kata dasar.Ringkasnya, morfem bebas dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna sendiri manakala morfem terikat tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu.Ia boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.

Pengimbuhan
Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
a)      Awalan :  imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar,contohnya terambil, berjalan
b)      Akhiran : imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar, contohnya berikan, lautan
c)      Sisipan : imbuhan yang diselitkan di antara unsure-unsur kata dasar, contohnya em dalam gemuruh dan el dalam telapak.
d)      Apitan : imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan belakang kata dasar. Contohnya ke….an dalam kedudukan dan pe….an dalam pedalaman.
Pemajmukan
Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih dan memberi maksud tertentu.Contohnya “ air mata”, “beg tangan” dan “buah hati”.Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berdasarkan tiga cara iaitu umum, istilah dan kiasan/peribahasa.Kata majmuk umum terbahagi kepada kata majmuk biasa dan kata majmuk gelaran.Contoh kata majmuk biasa seperti alat solek,nasi ayam dan stesen bas.Contoh kata majmuk gelaran adalah Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Peguam Negara.
            Kata majmuk istilah merujuk kepada kata gandingan untuk istilah-istilah yang khusus dalam pelbagai bidang.Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada daripada kata-kata khusus atau umum.Contohnya periuk serba guna, teknologi maklumat
            Kata majmuk kiasan mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya sepertin hidung tinggi, anak angkat, manis muka

PENGGANDAAN
Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya atau sebahagian sahaja.Ada empat jenis kata nama ganda iaitu gandaan penuh, gandaan separa, gandaan berentak dan gandaan makna.
a)      Penggandaan penuh ialah sesuatu kata nama itu digandakan sepenuhnya.Ia boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk.Penggunaan sengkang (-) digunakan untuk memisahkan kata yang digandakan.Contohnya murid-murid, buku-buku,meja-meja.
b)      Penggandaan berentak adalah pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar.Seluruh kata nama itu digandakan dan bunyi-bunyi konsonan dan vocal tertentu diulang dan diubah.Rentak yang digunakan mungkin dari segi pengulangan vocal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.Penggandaan berentak terbahagi kepada lima jenis iaitu penggandaan suku kata awal, suku kata akhir, konsonan, bersisipan dan penggandaan berakhiran.Rentak pada pengulangan vocal atau diftong adalah seperti cerai-berai, hiruk-pikuk,kuih-muih.Rentak pengulangan konsonan seperti bukit-bukau, kumat-kamit,simpang-siur.
c)      Penggandaan suku kata awal pula diulang semula pada vocal awal sementara vocal kata akhir akan berubah.Contohnya bukit (bukit-bukau), batu (batu-batan),kayau (kayu-kayan)
d)     Penggandaan suku kata akhir adalah merujuk kepada vokal atau konsonan dalam suku kata aakhir kekal.Misalnya sayur(sayur-mayur)
e)      Penggandaan konsonan.Penggandaan jenis ini hanya mengulang konsonan dalam kata dasar tetapi vokalnya berubah.Contohnya gunung ( gunung-ganang), guruh(guruh-garah).
f)     Penggandaan bersisipan .Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em- selepas konsonan pertama bentuk ulangannya.Contohnya jari (jari-jemari), tali (tali-temali)           
g)      Penggandaan berakhiran .Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi pelbagai.Contoh:sayur (sayur-sayuran),buah (buah-buahan)
h)     Penggandaan separa adalah pengulangan sebahagian kata dasar.Ia boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.Contoh bagi kata dasar ialah laki (laki-laki/lelaki). Contoh bagi kata terbitan ialah bual (ber + bual / berbual-bual ).Contoh bagi kata dasar yang menerima imbuhan di depan kata kedua ialah anak ( ber + anak / anak-beranak)
i)        Penggandaan makna.Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maksudnya.Contohnya ipar ( ipar-duai),saudara (saudara-mara).


PENGGOLONGAN KATA

Boleh digolongkan kepada empat iaitu kata nama, kata kerja,kata adjektif dan kata tugas.
a)      Kata nama : terdiri daripada kata nama khas manusia dan bukan manusia.Contoh bagi manusia ialah Balqis, Fatimah, Asri. Contoh bagi bukan manusia ialah Si Tompok, Bujang Senang.Kata nama am pula merujuk kepada yang konkrit seperti kepala, guru, kerusi sementara yang abstrak seperti dengki, kecuaian, harapan.Kata ganti nama tunjuk pula seperti itu,ini. Kata ganti nama diri pula terbahagi kepada kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga.Kata gaanti nama tanya seperti siapa, apa, mana.
b)      Kata kerja : Merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan.Misalnya tidur, terjatuh, dijatuhkan dan seumpamanya.Kata kerja terbahagi dua iaitu kata kerja transitif (pasif dan aktif) dan kata kerja tak transitif.( berpelengkap dan tidak berpelengkap)
c)      Kata adjektif : Kata yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nam aatau frasa nama. Kata adjektif didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali,agak, benar.Terbahagi kepada sembilan subgolongan iaitu sifat ( baik, cerdik,berani), warna (merah, biru, hijau), ukuran (pendek, panjang, tebal), bentuk( bulat, bujur, leper), waktu (lama, lambat, segera), jarak (dekat, hampir, jaauh), cara( jarang, selalu, kerap), pancaindera ( sedap, manis, pahit, lemak) dan adjektif perasaan (takut, seram, benci, rindu).

d)     Kata tugas : Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. Terbahagi kepada beberapa sub golongan iaitu
-          kata hubung (dan, atau tetapi dan sebagainya),
-          kata seru ( aduh, amboi,wah, cis,syabas),
-          kata tanya (mengapa, bila, berapa, bagaimana),
-          kata perintah seperti larangan( jangan,usah)
-          kata silaan( sila, jemput).
-          kata permintaan( tolong, minta, harap)
-           kata pembenar (ya, benar, betul)
-          Kata pangkal ayat ( maka, hatta, adapun )
-          Kata bantu ( telah, pernah, masih, sedang)
-          Kata penguat ( amat, sekali, sangat, terlalu)
-          Kata penegas ( -kah,-tah,-hanya, memang )
-          Kata nafi ( bukan, tidak)
-          Kata pemeri ( ialah,adalah)
-          Kata sendi nama ( di, ke, daripada,antara, akan, oleh)
-          Kata arah ( atas, bawah)
-          Kata bilangan ( satu, dua, separuh,setengah)
-          Kata penekan (-nya)


 SINTAKSIS
Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang  mengkaji bentuk, struktur dan binaan konstruksi ayat.Ianya juga mengkaji hokum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN),  frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.

Frasa
 Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
Binaan Ayat
Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.Contohnya Ibu memasak nasi.Ibu (subjek) memasak nasi (predikat)
Dasar Ayat dan Ayat Terbitan
Contoh: Pelajar itu menendang bola. Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (menendang bola).Ayat seperti ini dipanggil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.


Pola Ayat Dasar
Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS) Contoh :
-          (FN + FN ) : Yusuf Haslam pengarah filem
-          ( FN + FA) : Bob budak gemuk
Frasa Nama
Frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan.
Rumus Frasa Nama (FN)
Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hokum Diterangkan - Menerangkan. Contohnya - pisang goreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.

Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja. Contoh frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kakak sedang mandi di dalam bilik air. Contoh frasa kata kerja transitif berpelengkap ialah Aini ingin menjadi pelakon terkenal suatu hari nanti.

Frasa Adjektif
Frasa Adjektif  berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN. Contoh: Pelawak itu sangat kelakar.

Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu Oleh kerana sifatnya eksosentrik,  ia hanya wujud bersama frasa nama.Contohnya Salon rambut itu di depan sekolah.

Klausa
Klausa berbeza daripada frasa.Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat.Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
a)      Klausa bebas : Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau ditulis.Contoh ayat , “Mereka ke dewan makan”
b)      Klausa tak bebas :  Hampir sama sifatnya dengan klausa bebas, iaitu ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya. Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.Contohnya Sungguhpun dia demam, dia datang juga. Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat campuran.Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas. Bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentuk ayat.

Penjenisan Ayat
Ayat ialah unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk.Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya, kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.Jika kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.Sebelum ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat dasar dan ayat terbitan.Di samping itu kita juga juga mengkaji pola ayat dasar.

Ayat Tunggal
Ayat tunggal  terbentuk daripada satu klausa,terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat). Contoh Bunga kebangsaan kita bunga raya.
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, serta, lalu dan sebagainya.Jika terdiri daripada tiga atau lebih klausa, koma akan digunakan.
Contohnya : (a) Fatimah pandai memasak dan menjahit.
                     (b) Fatimah pandai memasak.
                     (c) Fatimah pandai menjahit.
Ayat (a) berasal daripada ayat (b) dan (c).
Kedua-dua ayat (b) dan (c) dihubungkan dengan menggunakan kata hubung dan.
Klausa (b) dan (c) sama tarafnya iaitu klausa utama.


Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setar yang terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau leih klausa tak bebas atau ayat kecil.Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.Ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
a)      Ayat relatif : Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunakan kata hubung.Contoh ayat :Budak perempuan yang mendapat 5A itu rupa-rupnya aanak Cikgu Timah.
b)      Ayat komplemen : ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada ayat utama.
c)       Ayat keterangan :Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat .Contoh:
Pasukan bolasepak negara kalah kerana kurang persediaan.Ayat kecil dalam ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pasukan bolasepak negara kalah Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.
Ayat majmuk campuran
Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.Ianya mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.Biasanya, ayat jenis ini panjang.Ayat majmuk pancangan biasanya dilihat kepada bilangan subjek dan predikaatnya atau bilangan klausanya.Contoh ayat : Negara mengalami masalah pengangguran (U1) tetapi situasinya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan ekonomi bertambah baik (K1).Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.


Susunan Ayat
Ayat terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan biasa dan susunan songsang.Ayat susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat. Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa.Jika susunan biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat songsang.Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat, iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama. Contoh ayat : Kakak-kakak saya masak lagi di dapur.Masak lagi kakak-kakak saya di dapur (FK masak lagi didepankan).Abang saya ke Tokyo bersama isterinya.Ke Tokyo abang saya bersam isterinya. (FS ke Tokyo didepankan)
Jenis Ayat
Jenis ayat adalah mengikut tujuan ayat. Terbahagi kepada:
a)      Ayat Penyata : untuk menyatakan sesuatu atau memberi keterangan. Contoh ayat : Jambatan itu sudah uzur.
b)      Ayat Tanya :untuk bertanya atau menyoal. Dikategorikan kepada dua jenis iaitu ayat tanya tanpa kata tanya .Contohnya:Dia demam lagi? Dan ayat tanya dengan kata tanya atau sendi nama.Contohnya : Bapa kamu kerja apa?
c)      Ayat Perintah : Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orangkedua.Umumnya tindak balas dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan.Untuk tujuan suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata perintah sepertijangan, usah, sila, jemput, minta, tolongdan sebagainya.Contoh ayat.Tolong senyap.






d)      Ayat Silaan :  untuk menjemput atau menyilakan orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput dan sila. Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.Contoh ayat : Silalah telefon saya sekarang.
e)      Ayat Permintaan : bertujuan meminta sesuatu dan lazimnya menggunakan kata perintah tolong atau minta. Contoh ayat Tolonglah hantar saya ke stesen bas.
Ragam Ayat
Merujuk kepada penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua jens, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.Kata kerja tak transitif ini pula ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif.Ayat yang menggunakan kata kerja transitif aktif mengandungi subjek dan predikat yang mengandungi objek. Apabila kita menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar ragamnya menjadi ayat pasif. Justeru, ayat aktf yang subjeknya terdiri daripada kata ganti diri orang pertama ( seperi saya, kami aku) dan orang kedua (seperti awak, kamu, engkau, anda) , kata ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda pasif pada dasar kata kerja. Contoh ayat : Ibu membuat kek ( ayat aktif).Kek dibuat oleh ibu ( ayat pasif)
Ayat Songsang 
Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya untuk menjadi ayat songsang.Contoh ayat:
a)    Ayat Aktif : Dia menjahit baju semalam.
b)    Ayat Pasif : Baju ini dia jahit semalam.
c)    Ayat songsang : Dia jahit baju ini semalam.
Ayat-ayat di atas bukan ayat transitif aktif. Kata ganti nama diri dia bukan subjek ayat tersebut.Subjeknya adalah baju.
.



i)                    MENGANALISIS EMPAT KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA OLEH MURID DALAM BILIK DARJAH
Kesalaahan penggunaan tatabahasa yang kerap dilakukan oleh murid adalah :
1)      Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Salah :
a)      Nama Bapa saya AbdUL LatIf
b)      malam ini cuaca sangat Sejuk
c)      Dia tinggal dipulau pinang.
Betul :  
a)      Nama bapa saya Abdul Latif.
b)      Malam ini cuaca sangat sejuk.
c)      Dia tinggal di Pulau Pinang.
 Kesalahan : Murid ini telah mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil. Kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.Begitu juga dengan permulaan ayat,mesti ditulis dengan huruf besar.Penggunaan “di” tidak tepat.

2)      Kata Ganti Nama Diri.
Jenis kata ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, kita, beta
Jenis kata ganti nama diri kedua : awak, engkaau, mu, kau, kamu, kalian, saudari
Jenis kata ganti nama diri ketiga : mereka, dia, baginda, ia
Salah :
a)      Anjing itu menyalak.Ia menyalak dengan kuat
b)      Pokok besar itu telah tumbang. Ia tumbang selepas hujan lebat.

c)      Ianya dimarahi guru kerana mencuri.
               Betul :
a)      Anjing itu menyalak. Anjing itu menyalak dengan kuat
b)      Pokok besar itu tumbang. Pokok itu tumbang selepas hujan lebat.
c)       I a dimarahi guru kerana ia mencuri
Kesalahan : “ia” tidak boleh digunakan untuk binatang atau benda.”ia” digunakan untuk manusia sahaja.’ia’ juga tidak boleh disambung dengan ‘nya’
              Salah :
a)      Kamu-kamu semua perlu berwaspada
b)      Mereka-mereka semua masih lagi menonton televisyen.
 Betul :
a)      Kamu semua perlu berwaspada.
b)      Mereka semua masih lagi menonton televisyen.
Kesalahan : Kata ganti nama tidak boleh digandakan kecuali ‘tuan/puan’ saudara/I, encik’
           Salah :
a)      Nama  jiran saya encik Murad.
b)      Arnab kesayangan saya ialah si Putih.
Betul :
a)      Nama jiran saya Encik Manaf.
b)      Arnab kesayangan saya ialah Si Putih
Kesalahan : Gelaran kata nama khas mesti dimulakan dengan huruf besar.


      Salah:
      Semoga tuhan memberi rahmatnya kepada  kita.
     Betul :
     Semoha Tuhan memberi rahmat-Nya kepada kita.
Kesalahan : Tuhan mesti dieja dengan huruf besar.’Nya’ untuk Tuhan mesti ada tanda sengkang dan berhuruf besar.
3)      Kata Seru
Salah :
a)      Wah, lenguhnya tanganku ini !
b)      Aduh, hebatnya persembahan penyanyi itu.!
c)      Ah, rupanya kau yang mengambil barangku!
Betul :
a)      Aduh, lenguhnya tanganku ini!
b)      Wah, hebatnya persembahan penyanyai itu!
c)      Cis, rupanya kau yang mengambil barangku!
Kesalahan : Penggunaan kata seru yang salah atau tidak menggambarkan perasaan yang dinyatakan.

4)      Penggunaan kata sendi nama
 Menurut Awang Sariyan (1980:14), kesalahan umum penggunaan kata sendi nama terbahagi kepada dua iaitu kesalahan penggunaan kata sendi dan pengabaian penggunaan kata sendi. Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah ’dari’ dan ’daripada’Kata sendi nama ’dari’ digunakan untuk menunjukkan tempat dan masa manakala ’daripada’ penggunaannya lebih kepadaa perbandingan dan asal kejadian. Contoh penggunaan yang:
Salah
a)     Dia berasal daripada Melaka.
b)     Poskad ini dari Balqis.
c)     Rumah itu dibuat dari batu.
Betul
a)     Dia berasal dari Melaka.
b)     Poskad ini daripada Balqis
c)     Rumah itu dibuat daripada batu.
 

KESIMPULAN
Pendidikan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah penting untuk memartabatkan bahasa Melayu sesuai dengan dengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar.Penguasaan pelajar dalaam aspek tatabahasa masih lemah.Ini adalah kerana kecuaian semasa membuat latihan, tidak mendengar pengajaran guru dengan betul dan mengambil mudah subjek bahasa Melayu kerana bahasa itu adalah bahasa pertuturan mereka sehari-hari.( murid-murid di SK),Faktor-faktor ini harus dititiberatkan oleh guru agar pembelajaran bahasa Melayu akan menjadi lebih efektif dan dinamik.Sebagai contoh bimbingan berterusan di luar waktu pembelajaran (kelas tambahan) dan aktiviti penulisan yang berterusan. Galakkan juga murid menggunakan kamus dan akbar dalam bilik darjah.Aktiviti kuiz, simulasi dan lakonan juga dilihat boleh membantu.