Halaman

Cari Blog Ini

Isnin, 19 November 2012

Khamis, 15 November 2012

IKLAN Sekejap..... 
Pastikan keluarga kita dibekalkan dengan semua nutrisi diperlukan seperti karbohidrat,protein, vitamin dan mineral yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan mereka.

" Keluarga Sihat, Keluarga Ceria, Keluarga Bahagia"












Rabu, 14 November 2012



 KATA PENGUAT

1. Digunakan untuk menguatkan sesuatu maksud atau kata adjektif dalam
    sesuatu ayat.

2. Terdapat tiga kategori kata penguat iaitu :
    a) Hadir di hadapan kata adjektif -- paling, terlalu, agak
    b) Hadir di belakang kata adjektif -- sekali, betul, nian
    c) Hadir bebas -- amat, sungguh, saat

3.Ayat contoh :
    a) Cili api ini sungguh pedas.
    b) Ibu amat marah apabila adik tidak membaca buku.
    c) Budak itu terlalu tinggi.


Latihan 

Garisi kata penguat yang betul.

1. Air kopi yang dibancuh oleh kakak ( paling, agak ) pahit.

2. Pemandangan dari atas bukit itu indah ( nian, paling )

3.Encik Asri (benar, amat) mementingkan disiplin dalam kalangan 
   anak-anaknya.

4.Dia ( nian, sungguh ) sayang akan kupu-kupu peliharaannya itu.

5. Antara kami berdua,kakaklah yang (paling,sekali) akrab dengan ibu.





s


  KATA PEMERI

1.Digunakan untuk menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat ayat.

2. Terdapat dua jenis kata pemeri 
  iaitu ialah dan adalah.

3. Ialah hadir di hadapan kata nama.

4. Adalah pula menegaskan maksud 
   frasa adjektif dan fasa sendi nama.

Ayat contoh :

1. Kucing ialah binatang peliharaan manusia.

2. Wang ini adalah untuk orang yang miskin.


Latihan 

Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan kata pemeri yang sesuai.

1.Beliau ..........................guru disiplin sekolah ini.

2.Baju-baju ini....................bukan milik Siti atau Ana.

3.Aishah Balqis.................murid pintar Tahun 6 Bakawali.

4.Menara Berkembar Petronas.......................bangunan tertinggi di Malaysia.

5.Negeri kelahiran Amezul ..........................negeri Johor.

6.Hadiah ini.................untuk adik kamu yang menyambut hari lahir semalam.








                                               
KATA NAFI

1. Berfungsi menafikan atau menyangkal sesuatu perkara dalam ayat.

2. Terdapat dua jenis kata nafi iaitu bukan dan tidak.

Ayat contoh : a) Budak itu bukan pencuri tetapi kawan saya.
                        b) Dia tidak menyertai lawatan ke Zoo Negara.

                                                                                                              

Latihan 1

Garisi kata nafi yang betul.

1. Hadiah ini (tidak, bukan) untuk saya.

2. Saya (tidak ,bukan ) tahu menahu hal itu.

3. Surat ini telah kuterima pagi tadi, (tidak, bukan) semalam.

4. Walaupun wajahnya kecinaan tetapi dia (tidak, bukan) berbangsa Cina.

5.Amira (tidak, bukan) suka membaca komik tetapi dia lebih suka membaca majalah.



Latihan 2

Tandakan (/) pada ayat yang betul dan (X) pada ayat yang salah.

1.Julia tidak akan menyertai pertandingan melukis itu lagi. (    )

2. Puan Ani bukan tahu apa-apa tentang kejadian yang menimpa anaknya. (   )

3. Murid-murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah.(   )



                                 

Selasa, 13 November 2012

   
KATA BILANGAN

1. Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.

2.Kata bilangan terbahagi kepada 7 jenis

3.Tujuh jenis kata bilangan serta contohnya adalah seperti
   di bawah.

Jenis kata bilangan

a) kata bilangan tentu : satu, dua, tiga dan seterusnya.
b) kata bilangan tak tentu : beberapa, beberapa banyak, 
    segala, seluruh, sekalian, semua dan sebagainya.
c) kata bilangan pecahan : setengah, separuh, suku, tiga suku 
    dan sebagainya.
d) kata bilangan pisahan : setiap dan tiap-tiap
e) kata bilangan himpunan : berabad-abad, berminggu-minggu,
    berpuluh-puluh, kedua-dua,ribuan dan sebagainya.
f)kata bilangan tingkat : pertama, kedua, ketiga dan seterusnya
g) kata bilangan tanya : berapa


LATIHAN 

Isi tempat kosong dengan kata bilangan yang betul.

1. Amirahlah orang yang ..........................tiba di kelas itu.

2............................penduduk kampung berasa risau akan
  serangan penyakit itu.

3............................tangannya melecur akibat terkena minyak panas.

4............................atur cara telah diatur sempena Hari Guru.

5. Sudah satu jam..............................Fahmi menunggu kawannya
    di situ.