Halaman

Cari Blog Ini

Khamis, 13 Disember 2012

Sekadar renungan kita bersama.....

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain.


Orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadi yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.


Dalam hidup seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan dan ketika
kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya
kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.


Terima Kasih......











 Mari saya terangkan semula apa yang telah cikgu ajar tadi...
Imbuhan -an, -kan dan -i

1. Hadir di belakang kata dasar.

2. Contohnya:  
    
     a) - an  ( minuman, pakaian, lukisan )
     b) - i      ( kagumi, jauhi, kotori )
     c) - kan ( masakan, siramkan, padamkan )

3. Ayat contoh :

     a) Semakin ramai orang yang menyukai
          masakan Thai.

     b) Minuman yang disediakan itu sungguh manis.

     c) Sikapnya yang penyabar amat saya kagumi.

baca nota sekejap untuk mengingati semula apa yang cikgu ajar sebentar tadi.....

Sekarang, buat latihan di bawah.

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

           makanan         Tangisan           jualan     
  
 rangkaian              senaman

1. _________budak lelaki itu membingitkan
    telingaku.

2. Kita harus membuat ________sekurang-
     kurangnya tiga kali dalam seminggu.

3. Kita perlu makan ________yang berkhasiat
     agar tubuh badan kita kekal sihat.

4. Pasar raya itu mengadakan _________
     murah sempena Bulan Kemerdekaan.

5. Beliau mempunyai banyak __________
     kedai makanan segera di seluruh negara.

sekarang saya dah faham dan boleh mengajar rakan-rakan yang lain. Jangan marah.....

betul... betul...betul.....




Pengajaran hari ini....

Imbuhan PeN-...an

1. Apitan peN-...an terdiri daripada pe-...an, pem-...an
    pen-...an, peng-...an, per-...an dan pel-...an.

2. Contohnya :

    a) pe-...an  ( pelaburan, pelabuhan, pelaksanaan )
    b) pem-...an  ( pembacaan, pembelaan, pembuangan )
    c) pen-...an  ( penderaan, pendawaian, penjelasan )
    d) peng-...an  ( pengedaran, pengucapan, penghasilan)
    e) penge-...an ( pengeposan, pengeboman )

3. Ayat contoh :

    a) Kapal besar itu singgah di pelabuhan tersebut
        selama sehari.

    b) Terdapat beberapa buah kereta di pekarangan
         rumahnya.

    c) Abang membuat pendawaian itu dengan berhati-hati


Jom sekarang kita buat ujian ringkas....


susah juga soalan ni....baru lima soalan saya dah bingung....

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

perhubungan    perlawanan     persetujuan

penamaan         persiapan

1. Haslinda sedang giat menjalani latihan sebagai
    _________ untuk menghadapi pertandingan
    syarahan esok.

2. Dia ingin mendapat _________ daripada ibu bapanya
    terlebih dahulu sebelum memperisteri gadis itu.

3. Anggota keselamatan mengadakan kawalan ketat
    di sekitar pejabat daerah yang menjadi pusat
    _____________ calon pilihan raya.

4. __________ bola sepak antara dua sekolah itu
    terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat.

5. __________ antara Balqis dengan  Mimi amat akrab
    sejak kecil lagi.


lepas ni apa lagi aspek tatabahasa yang cikgu nak ajar...???




Rabu, 12 Disember 2012

    Sekadar renungan kita bersama........
Kata-kata yang baik dapat melembutkan hati yang sedang marah...kata-kata yang indah bisa merawat hati yang sedang lara...maka..SAMPAIKANLAH WALAUPUN SEBARIS AYAT.







Sekarang masa untuk kita belajar
apa itu.....

Imbuhan peN-



eh..eh..bangun sayang...sekarang masa untuk kita sambung belajar...nanti boleh tidur semula ya...


1. Awalan peN- terdiri daripada
    pe-, pel-, pem-, pen-, peng-,
   dan penge-

2. Contohnya:

    a) pe-  ( pelatih, pewaris, pelabur )
    b) pem-  ( pembakar, pembela, pembantu )
    c) pen-  ( pendaki, penjahat, penduduk )
    d) peng-  ( pengarah, penghuni, penghibur )
    e) pel-  (pelajar )

3. Ayat contoh :

    a) Adik membeli pembaris panjang.
    b) Dia seorang yang penakut.
    c) Shafiq bekerja sebagai pelaut.
    d) Bapanya pengarah di syarikat yang
         terbesar itu.



  Cikgu, kami nak latihan....





Ini latihannya ...

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

pengetua   pengajar    penutup

perasa    pemimpin

1. Majoriti tenaga ____________ yang 
    berkhidmat di sekolah itu adalah wanita.

2. Majlis _________ Minggu Kebudayaan
    akan dirasmikan oleh Guru Besar.

3. Beliau dilantik sebagai __________
    baru di sekolah ini.

4. Ibu memasukkan sedikit  serbuk ______
    ke dalam masakannya.

5. Aku mesti menjadi ________yang disegani
    suatu hari nanti.

Latihan dah siap...sekarang bolehlah sambung tidur.

kita jumpa lagi di episod akan datang untuk pengajaran yang lebih menaik....hoorey!!



 Jom, kita belajar apa itu Imbuhan meN-,
meN-....-i  dan meN-....-kan

Awalan MeN-

1. Awalan meN- terdiri daripada me-,
    mem-, meng-, dan menge-.

2. Contohnya :
    a) me- ( menolak, menolong, menuai)


      b) mem- ( membaca, membuka, membantu )
   c) men-  ( menjahit, mencari, mencuri )
   d) meng-  ( mengguna, mengusik, mengesat )
   e) menge-  (mengelap, mengecat, mengepam )

 2. Ayat contoh  

     a) Mereka sedang menolak kereta yang rosak.

     b) Abang selalu menolong orang yang susah.

     c) Membaca merupakan amalan yang baik.

     
 Apitan meN-...-i dan meN-...-kan

  1. Apitan meN-...-i dan meN-...-kan berfungsi 
      membentuk kata kerja.

  2. Contohnya :
      a) meN-...-i  ( memarahi, mengotori, menzalimi )

   
    b) meN-...-kan  ( merapatkan, mendoakan
                                membuatkan )

 3. Ayat contoh 

     a)   Ibu sedang memarahi adik kerana memecahkan
           pasu bunga.

     b   Selepas solat, ibu dan adik mendoakan 
          kesejahteraan kami sekeluarga.



Sekarang, mari kita buat latihan.
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

mengunjungi     membina     membenarkan

memperbaharu     merangkak     mengecat

1. Adikku yang berusia tiga bulan itu sudah pandai
    ___________________.

2. Kanak-kanak itu sedang ____________istana pasir
    di tepi pantai.

3. Pak Rusdi sedang ____________ rumah baharunya di 
    hujung kampung.

4. Amirul ke pejabat pos untuk ________ lesen 
    memandunya.

5. Kami __________ Pusat Sains Negara pada cuti 
    sekolah yang lalu.

6. Ibu ____________ kami tinggal di rumah nenek
    sepanjang cuti sekolah ini.

Saya betul kesemua enam soalan. Inilah hadiahnya....suka--suka...

     



IMBUHAN bER-, beR-.....-an dan 
beR-....-kan

1.Awalan beR- terdiri daripada imbuhan
   ber-, be-, dan bel-

2. Contohnya : ber- ( bersembang,berlari, 
                                   berjumpa )
                       : be- ( bekerja, beroda, berasa )
                       : bel- ( belajar )
                       : ber...an ( berpanjangan, berguguran,
                                          bersalaman )
                       : ber...kan ( berbumikan, berlantaikan,
                                            
3. Ayat contoh :
    a) Mereka bersembang di halaman rumah.
    b) Dia bekerja di sebuah syarikat perkapalan.
    c) Kakaknya belajar di luar negara.
    d) Dedaun itu jatuh berguguran apabila ditiup angin.
    e) Pak Cik Ahmad mendiami rumah yang sungguh uzur
        dan hanya berlantaikan tanah sahaja.


Latihan

Berikan imbuhan beR-, beR...an,
atau beR-...-kan pada kata yang
berikut.Kemudian lengkapkan ayat.

           hampir      alas      jiran      lembut      roda

1. Kami terpaksa __________ apabila bercakap dengan
    Mimi.

2. Rumah Jamilah ___________ dengan pejabat pos.

3. Rosmah ___________ dengan guru baharu itu.

4. Kereta lembu ialah kenderaan yang _________dua.

5. Pengemis itu tidur __________ surat khabar.

lepas jawab soalan, barulah boleh pergi bermain......