Selasa, 22 Oktober 2013
Khamis, 2 Mei 2013
MENGHURAIKAN KONSEP TATABAHASA dan
MENGANALISIS EMPAT KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA OLEH MURID DI DALAM BILIK
DARJAH
i)
MENGHURAIKAN
KONSEP TATABAHASA
PENGENALAN
Menurut Nik
Safiyah Karim dan rakan-rakannya( Tatabahasa Dewan Jilid 1 1992 halaman xviii ),tatabahasa
membawa takrif bahasa yang terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang
jumlahnya.Ayat pula terdiri daripada rentetan perkataan yang
bermakna.Penyelidikan terhadap tatabahasa biasanya dilakukan dari segi cara
perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan dari segi cara
perkataan-perkataan ini disusun menjadi ayat.Dalam istilah ilmu linguistik
bidang huraian pada peringkat perkataan disebut morfologi sementara
bidang huraian pada peringkat ayat diberi nama sintaksis.
MORFOLOGI
Morfologi ialah bidang ilmu
bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur
kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang
menjadi unit bahasa yang bermakna.Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa
sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan.Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama.
DEFINISI
MORFOLOGI
Nik Safiah Karim
dan rakan – rakannya dalam buku
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi
ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan
kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang
yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Manakala Abdullah
Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalambuku
Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik
yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap
unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan
bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Manakala Raminah Hj.Sabran
dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih
Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam
kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.
O`Grady &
Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000
:121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan
rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah
merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Unit-unit dalam morfologi ada dua
iaitu morfem dan perkataan.
MORFEM
Morfem ialah unit yang terkecil dalam
bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu.Morfem dan kata
berbeza daripada segi fungsi daan konsep.Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan
kepada unit bermaakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri
daripada satu unit atau satu morfem.Contohnya tidur.Tidur tidak akan
berfungsi dan memberi makna jika dipisahkan menjadi ti dan dur.Sebaliknya
kata tertidur boleh dipecahkan kepada dua morfem iaitu ter dan tidur.Jelas
di sini perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem
boleh bersifat bebas atau terikat.Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud
bersendirian.Sebaliknya morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud
bersama-sama morfem lain.Sebagai contoh perkataan sekolah dan laut
ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan an-
dalam lautan ialah morfem-morfem terikat, oleh itu unit-unit ini
tidak boleh wujud tanpa kata dasar.Ringkasnya, morfem bebas dapat berdiri
sendiri dan mempunyai makna sendiri manakala morfem terikat tidak mempunyai
makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu.Ia boleh mengubah makna
sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.
Pengimbuhan
Proses
pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk
menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.Dalam bahasa
Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata
dasar.
Imbuhan
tergolong dala empat jenis, iaitu awalan,
akhiran, apitan dan sisipan.
a)
Awalan :
imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar,contohnya terambil,
berjalan
b)
Akhiran : imbuhan yang ditambahkan pada bahagian
belakang kata dasar, contohnya berikan, lautan
c)
Sisipan : imbuhan yang diselitkan di antara
unsure-unsur kata dasar, contohnya em dalam gemuruh dan
el
dalam telapak.
d)
Apitan : imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan belakang kata dasar.
Contohnya ke….an dalam kedudukan dan pe….an
dalam pedalaman.
Pemajmukan
Proses menggandingkan dua kata dasar
atau lebih dan memberi maksud tertentu.Contohnya “ air mata”, “beg tangan” dan
“buah hati”.Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung
makna tertentu berdasarkan tiga cara iaitu umum, istilah dan
kiasan/peribahasa.Kata majmuk umum terbahagi kepada kata majmuk biasa dan kata
majmuk gelaran.Contoh kata majmuk biasa seperti alat solek,nasi ayam dan stesen
bas.Contoh kata majmuk gelaran adalah Perdana Menteri, Menteri
Kewangan, Peguam Negara.
Kata majmuk istilah merujuk kepada kata gandingan untuk istilah-istilah
yang khusus dalam pelbagai bidang.Kata yang dipilih untuk digandingkan sama ada
daripada kata-kata khusus atau umum.Contohnya periuk serba guna, teknologi
maklumat
Kata
majmuk kiasan mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya sepertin hidung
tinggi, anak angkat, manis muka
PENGGANDAAN
Penggandaan ialah proses pengulangan
kata dasar sepenuhnya atau sebahagian sahaja.Ada empat jenis kata nama ganda
iaitu gandaan penuh, gandaan separa, gandaan berentak dan gandaan makna.
a)
Penggandaan penuh ialah sesuatu kata nama itu digandakan
sepenuhnya.Ia boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan dan
kata nama majmuk.Penggunaan sengkang (-) digunakan untuk memisahkan kata yang
digandakan.Contohnya murid-murid, buku-buku,meja-meja.
b)
Penggandaan berentak adalah pengulangan kata dasar mengikut
rentak bunyi kata dasar.Seluruh kata nama itu digandakan dan bunyi-bunyi
konsonan dan vocal tertentu diulang dan diubah.Rentak yang digunakan mungkin
dari segi pengulangan vocal, konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar.Penggandaan
berentak terbahagi kepada lima jenis iaitu penggandaan suku kata awal, suku
kata akhir, konsonan, bersisipan dan penggandaan berakhiran.Rentak pada
pengulangan vocal atau diftong adalah seperti cerai-berai,
hiruk-pikuk,kuih-muih.Rentak pengulangan konsonan seperti bukit-bukau,
kumat-kamit,simpang-siur.
c)
Penggandaan suku kata awal pula diulang semula
pada vocal awal sementara vocal kata akhir akan berubah.Contohnya bukit (bukit-bukau),
batu (batu-batan),kayau (kayu-kayan)
d)
Penggandaan suku kata akhir adalah merujuk kepada vokal atau konsonan dalam
suku kata aakhir kekal.Misalnya sayur(sayur-mayur)
e)
Penggandaan konsonan.Penggandaan jenis ini hanya mengulang konsonan dalam kata
dasar tetapi vokalnya berubah.Contohnya gunung ( gunung-ganang), guruh(guruh-garah).
f)
Penggandaan bersisipan .Seluruh kata dasar diulang. Bentuk gandaannya menerima
sisipan –em- selepas
konsonan pertama bentuk ulangannya.Contohnya jari (jari-jemari), tali
(tali-temali)
g)
Penggandaan berakhiran .Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an. Lazimnya gandaan penuh
menunjukkan jamak. Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi
pelbagai.Contoh:sayur (sayur-sayuran),buah (buah-buahan)
h)
Penggandaan separa adalah pengulangan sebahagian kata dasar.Ia
boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.Contoh bagi kata dasar ialah
laki (laki-laki/lelaki). Contoh bagi kata terbitan ialah bual (ber + bual /
berbual-bual ).Contoh bagi kata dasar yang menerima imbuhan di depan kata kedua
ialah anak ( ber + anak / anak-beranak)
i)
Penggandaan makna.Kata nama tertentu digandakan dengan
perkataan yang sama maksudnya.Contohnya ipar ( ipar-duai),saudara
(saudara-mara).
PENGGOLONGAN KATA
Boleh digolongkan kepada empat iaitu kata
nama, kata kerja,kata adjektif dan kata tugas.
a) Kata nama : terdiri daripada kata
nama khas manusia dan bukan manusia.Contoh bagi manusia ialah Balqis,
Fatimah, Asri. Contoh bagi bukan manusia ialah Si Tompok, Bujang Senang.Kata nama am pula merujuk kepada yang
konkrit seperti kepala, guru, kerusi sementara yang abstrak seperti dengki,
kecuaian, harapan.Kata ganti nama tunjuk
pula seperti itu,ini. Kata ganti nama
diri pula terbahagi kepada kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan
ketiga.Kata gaanti nama tanya
seperti siapa, apa, mana.
b) Kata kerja : Merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada
yang berlaku atau dilakukan.Misalnya tidur, terjatuh, dijatuhkan dan
seumpamanya.Kata kerja terbahagi dua iaitu kata kerja transitif (pasif dan
aktif) dan kata kerja tak transitif.( berpelengkap dan tidak berpelengkap)
c) Kata adjektif : Kata yang menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nam aatau frasa
nama. Kata adjektif didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh,
sekali,agak, benar.Terbahagi kepada sembilan subgolongan iaitu sifat
( baik, cerdik,berani), warna (merah, biru, hijau), ukuran
(pendek, panjang, tebal), bentuk( bulat, bujur, leper),
waktu (lama, lambat, segera), jarak (dekat, hampir, jaauh), cara(
jarang, selalu, kerap), pancaindera ( sedap, manis, pahit,
lemak) dan adjektif perasaan (takut, seram, benci, rindu).
d) Kata tugas : Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis
tertentu. Terbahagi kepada beberapa sub golongan iaitu
-
kata hubung (dan, atau
tetapi dan sebagainya),
-
kata seru ( aduh, amboi,wah,
cis,syabas),
-
kata tanya (mengapa, bila,
berapa, bagaimana),
-
kata perintah seperti
larangan( jangan,usah)
-
kata silaan( sila, jemput).
-
kata permintaan( tolong,
minta, harap)
-
kata pembenar (ya, benar, betul)
-
Kata pangkal ayat ( maka,
hatta, adapun )
-
Kata bantu ( telah, pernah,
masih, sedang)
-
Kata penguat ( amat, sekali,
sangat, terlalu)
-
Kata penegas (
-kah,-tah,-hanya, memang )
-
Kata nafi ( bukan, tidak)
-
Kata pemeri ( ialah,adalah)
-
Kata sendi nama ( di, ke,
daripada,antara, akan, oleh)
-
Kata arah ( atas, bawah)
-
Kata bilangan ( satu, dua,
separuh,setengah)
-
Kata penekan (-nya)
SINTAKSIS
Sintaksis merupakan
cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,
struktur dan binaan konstruksi ayat.Ianya juga mengkaji hokum-hukum yang menentukan
bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
Ayat ialah binaan yang
terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang
membentuk ayat.Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat
di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.Bahagian
subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat
bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa
nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).Lihat
contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.
Frasa
Frasa
ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua
perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk
diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan
predikat.Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
Binaan Ayat
Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan
bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan
predikat mempunyai unsur-unsur.Contohnya Ibu memasak nasi.Ibu (subjek) memasak
nasi (predikat)
Dasar Ayat dan Ayat Terbitan
Contoh: Pelajar itu menendang bola. Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana
mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (menendang bola).Ayat
seperti ini dipanggil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat
lain.
Pola Ayat Dasar
Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.Rumus-rumus
ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa
Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS) Contoh :
-
(FN + FN ) : Yusuf Haslam pengarah
filem
-
( FN + FA) : Bob budak gemuk
Frasa Nama
Frasa boleh terdiri daripada satu
perkataan atau atau beberapa perkataan.
Rumus Frasa Nama (FN)
Kata yang diterangkan, atau inti frasa,
hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam
bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hokum Diterangkan
- Menerangkan. Contohnya - pisang goreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan
unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa
kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan
mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.
Frasa Kerja (FK)
Frasa
kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja
sebagai intinya. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.Frasa kerja
terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa
kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja. Contoh frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah
kakak sedang mandi di dalam bilik air. Contoh frasa kata kerja transitif
berpelengkap ialah Aini ingin menjadi pelakon terkenal suatu hari nanti.
Frasa Adjektif
Frasa
Adjektif berintipati kata
adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat.Sebagai unsur keterangan, FA
hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir
setelah kata nama atau FN. Contoh: Pelawak itu sangat kelakar.
Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama wujud bersama frasa
nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.Frasa ini boleh
didahului oleh kata bantu Oleh kerana sifatnya eksosentrik, ia hanya wujud bersama
frasa nama.Contohnya
Salon rambut itu di depan sekolah.
Klausa
Klausa berbeza daripada frasa.Frasa
tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang
lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang
wajib untuk status ayat.Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua
jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
a)
Klausa bebas : Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan
denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau ditulis.Contoh
ayat , “Mereka ke dewan makan”
b)
Klausa tak bebas : Hampir sama sifatnya dengan
klausa bebas, iaitu ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.Ciri utamanya
ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun,
apabila, tatkala dan sebagainya. Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak
bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat
seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.Contohnya
Sungguhpun dia demam, dia datang
juga. Pengetahuan mengenai
klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat
majmuk pancangan dan ayat campuran.Ini kerana ayat-ayat ini mempunayi dua atau
lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas. Bilangan klausa
serta jenis klausa menentukan bentuk-bentuk ayat.
Penjenisan Ayat
Ayat ialah unit bahasa yang tertinggi
boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat
majmuk.Penjenisan ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam
ayat berkenaan.Jika dipandang ayatnya dari segi ragamnya,
kita dapati pula ayat aktif dan ayat pasif.Jika
kita amati pula tujuan ayat, maka kita dapati pula ayat
penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seru.Sebelum
ini kita telah melihat binaan ayat dan kita temui ayat
dasar dan ayat terbitan.Di samping itu kita
juga juga mengkaji pola ayat dasar.
Ayat Tunggal
Ayat tunggal terbentuk daripada satu klausa,terdiri
daripada satu subjek dan satu predikat.Ayat dasar juga adalah ayat tunggal,
tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap sebagai ayat dasar.Ayat dasar
merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.Ayat-ayat
berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal (subjek ditebalkan. Selainnya ialah
predikat). Contoh Bunga kebangsaan kita
bunga raya.
Ayat Majmuk Gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang
dibina oleh dua atau lebih klausa bebas dengan
menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi,
serta, lalu dan sebagainya.Jika terdiri daripada tiga atau lebih
klausa, koma akan digunakan.
Contohnya : (a) Fatimah pandai memasak
dan menjahit.
(b) Fatimah pandai
memasak.
(c) Fatimah pandai menjahit.
Ayat (a) berasal
daripada ayat (b) dan (c).
Kedua-dua ayat (b) dan (c) dihubungkan
dengan menggunakan kata hubung dan.
Klausa (b) dan (c) sama
tarafnya iaitu klausa utama.
Ayat Majmuk Pancangan
Ayat
majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setar yang terdiri
daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu
atau leih klausa tak bebas atau ayat kecil.Ayat kecil
dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika,
apabila, sungguhpun dan
sebagainya.Ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat
relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
a)
Ayat relatif : Ayat relatif terdiri daripada satu klausa bebas atau ayat utama dan satu
atau lebih klausa terikat atau ayat kecil. Ayat kecil dipancangkan ke dalam
subjek ayat utama atau predikat ayat utama dengan menggunakan kata
hubung.Contoh ayat :Budak perempuan yang
mendapat 5A itu rupa-rupnya aanak Cikgu Timah.
b)
Ayat komplemen : ayat utama
yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi komplemen kepada
ayat utama.
c)
Ayat keterangan :Ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat utama dan satu atau lebih
ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan kepada predikat .Contoh:
Pasukan bolasepak negara kalah kerana kurang persediaan.Ayat kecil dalam
ayat majmuk keterangan menerangkan kata kerja dalam ayat utama, iaitu Pasukan
bolasepak negara kalah Ayat majmuk keterangan dibina untuk pelbagai tujuan
dengan menggunakan kata hubung yang tertentu.
Ayat majmuk campuran
Ayat
yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.Ianya mungkin terdiri daripada
ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.Biasanya, ayat
jenis ini panjang.Ayat majmuk pancangan biasanya dilihat kepada bilangan subjek
dan predikaatnya atau bilangan klausanya.Contoh ayat : Negara mengalami masalah
pengangguran (U1) tetapi situasinya bertambah baik (U2) apabila pertumbuhan
ekonomi bertambah baik (K1).Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya
dinomborkan; ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya
dinomborkan.
Susunan Ayat
Ayat
terbahagi kepada dua bentuk, iaitu susunan
biasa dan susunan songsang.Ayat
susunan biasa ialah ayat yang mendahulukan subjek dan mengemudiankan predikat.
Ayat-ayat dasar yang telah dibincangkan ialah ayat susunan biasa.Jika susunan
biasa itu diubah dan predikat didahulukan, maka ayat demikian dikatakan ayat
songsang.Pendepanan boleh melibatkan bahagian-bahagian tertentu pada predikat,
iaitu frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama. Contoh ayat : Kakak-kakak saya
masak lagi di dapur.Masak lagi kakak-kakak saya di dapur (FK masak lagi
didepankan).Abang saya ke Tokyo bersama isterinya.Ke Tokyo abang saya bersam
isterinya. (FS ke Tokyo didepankan)
Jenis Ayat
Jenis
ayat adalah mengikut tujuan ayat. Terbahagi kepada:
a)
Ayat Penyata : untuk
menyatakan sesuatu atau memberi keterangan. Contoh ayat : Jambatan itu sudah uzur.
b)
Ayat Tanya :untuk
bertanya atau menyoal. Dikategorikan kepada dua jenis iaitu ayat tanya tanpa
kata tanya .Contohnya:Dia demam lagi? Dan ayat tanya
dengan kata tanya atau sendi nama.Contohnya : Bapa kamu kerja apa?
c)
Ayat Perintah :
Bertujuan menimbulkan tindak balas daripada orangkedua.Umumnya tindak balas
dapat diperolehi melalui suruhan, larangan, silaan, dan permintaan.Untuk tujuan
suruhan, larangan, silaan dan permintaan, maka ayat perintah menggunakan kata
perintah sepertijangan, usah, sila, jemput, minta, tolongdan sebagainya.Contoh
ayat.Tolong
senyap.
d)
Ayat Silaan : untuk menjemput atau menyilakan
orang melakukan sesuatu. Ayat-ayat ini menggunakan kata perintah seperti jemput
dan sila. Partikel -lah juga boleh digunakan untuk melembutkan ayat.Contoh ayat
: Silalah
telefon saya sekarang.
e)
Ayat Permintaan : bertujuan
meminta sesuatu dan lazimnya menggunakan kata perintah tolong atau minta.
Contoh ayat Tolonglah hantar saya ke stesen bas.
Ragam Ayat
Merujuk kepada penggolongan kata, kata kerja terdiri daripada dua
jens, iaitu kata kerja tak
transitif dan kata kerja transitif.Kata
kerja tak transitif ini pula ada dua bentuk, iaitu aktif dan pasif.Ayat
yang menggunakan kata kerja transitif
aktif mengandungi subjek
dan predikat yang mengandungi objek.
Apabila kita menggunakan imbuhan pasif di- atau kata bantu pasif kena, ayat transitif aktif dapat ditukar
ragamnya menjadi ayat pasif. Justeru, ayat aktf yang subjeknya terdiri daripada
kata ganti diri orang pertama ( seperi saya,
kami aku) dan orang kedua (seperti awak,
kamu, engkau, anda) , kata
ganti nama berkenaan boleh digunakan sebagai penanda
pasif pada dasar kata kerja.
Contoh ayat : Ibu membuat kek ( ayat aktif).Kek dibuat oleh ibu ( ayat pasif)
Ayat Songsang
Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan
predikatnya untuk menjadi ayat songsang.Contoh ayat:
a)
Ayat Aktif : Dia menjahit
baju semalam.
b)
Ayat Pasif : Baju ini dia
jahit semalam.
c)
Ayat songsang : Dia jahit
baju ini semalam.
Ayat-ayat di atas bukan ayat transitif aktif. Kata ganti nama diri
dia bukan subjek ayat tersebut.Subjeknya adalah baju.
.
i)
MENGANALISIS EMPAT KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA OLEH
MURID DALAM BILIK DARJAH
Kesalaahan
penggunaan tatabahasa yang kerap dilakukan oleh murid adalah :
1)
Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Salah
:
a)
Nama Bapa saya AbdUL LatIf
b)
malam ini cuaca sangat Sejuk
c)
Dia tinggal dipulau pinang.
Betul
:
a)
Nama bapa
saya Abdul Latif.
b)
Malam ini cuaca sangat sejuk.
c)
Dia tinggal di Pulau
Pinang.
Kesalahan : Murid
ini telah mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil. Kata nama khas mesti
ditulis dengan huruf besar.Begitu juga dengan permulaan ayat,mesti ditulis
dengan huruf besar.Penggunaan “di” tidak tepat.
2)
Kata Ganti Nama Diri.
Jenis
kata ganti nama diri pertama : aku, saya, hamba, patik, kita, beta
Jenis
kata ganti nama diri kedua : awak, engkaau, mu, kau, kamu, kalian, saudari
Jenis
kata ganti nama diri ketiga : mereka, dia, baginda, ia
Salah
:
a)
Anjing itu menyalak.Ia menyalak dengan kuat
b)
Pokok besar itu telah
tumbang. Ia
tumbang selepas hujan lebat.
c)
Ianya dimarahi guru kerana mencuri.
Betul :
a) Anjing itu menyalak. Anjing itu menyalak dengan kuat
b) Pokok besar itu tumbang. Pokok itu tumbang selepas hujan lebat.
c) I a dimarahi guru kerana ia mencuri
Kesalahan
: “ia” tidak boleh digunakan
untuk binatang atau benda.”ia” digunakan untuk
manusia sahaja.’ia’ juga tidak
boleh disambung dengan ‘nya’
Salah :
a) Kamu-kamu semua perlu berwaspada
b) Mereka-mereka semua masih lagi menonton televisyen.
Betul :
a) Kamu semua perlu berwaspada.
b) Mereka semua masih lagi menonton televisyen.
Kesalahan : Kata
ganti nama tidak boleh digandakan kecuali
‘tuan/puan’ saudara/I, encik’
Salah :
a)
Nama jiran saya encik
Murad.
b)
Arnab kesayangan
saya ialah si Putih.
Betul :
a)
Nama jiran saya Encik Manaf.
b)
Arnab kesayangan
saya ialah Si Putih
Kesalahan :
Gelaran kata nama khas mesti dimulakan dengan huruf besar.
Salah:
Semoga tuhan memberi
rahmatnya kepada
kita.
Betul :
Semoha Tuhan memberi rahmat-Nya kepada kita.
Kesalahan :
Tuhan mesti dieja dengan huruf besar.’Nya’ untuk Tuhan mesti ada tanda sengkang
dan berhuruf besar.
3) Kata Seru
Salah :
a)
Wah, lenguhnya tanganku ini !
b)
Aduh, hebatnya persembahan penyanyi itu.!
c)
Ah, rupanya kau yang mengambil barangku!
Betul :
a)
Aduh,
lenguhnya tanganku ini!
b)
Wah,
hebatnya persembahan penyanyai itu!
c)
Cis, rupanya
kau yang mengambil barangku!
Kesalahan :
Penggunaan kata seru yang salah atau tidak menggambarkan perasaan yang
dinyatakan.
4)
Penggunaan
kata sendi nama
Menurut Awang Sariyan
(1980:14), kesalahan umum penggunaan kata sendi nama terbahagi kepada dua iaitu
kesalahan penggunaan kata sendi dan pengabaian penggunaan kata sendi. Kata
sendi yang sering digunakan dengan salah ialah ’dari’ dan ’daripada’Kata sendi
nama ’dari’ digunakan untuk menunjukkan tempat dan masa manakala ’daripada’
penggunaannya lebih kepadaa perbandingan dan asal kejadian. Contoh penggunaan
yang:
Salah
a) Dia berasal daripada Melaka.
b) Poskad ini dari Balqis.
c) Rumah itu dibuat dari batu.
Betul
a) Dia berasal dari Melaka.
b) Poskad ini daripada Balqis
c) Rumah itu dibuat daripada batu.
KESIMPULAN
Pendidikan bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar sekolah penting untuk memartabatkan bahasa Melayu sesuai
dengan dengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar.Penguasaan pelajar dalaam
aspek tatabahasa masih lemah.Ini adalah kerana kecuaian semasa membuat latihan,
tidak mendengar pengajaran guru dengan betul dan mengambil mudah subjek bahasa
Melayu kerana bahasa itu adalah bahasa pertuturan mereka sehari-hari.(
murid-murid di SK),Faktor-faktor ini harus dititiberatkan oleh guru agar
pembelajaran bahasa Melayu akan menjadi lebih efektif dan dinamik.Sebagai
contoh bimbingan berterusan di luar waktu pembelajaran (kelas tambahan) dan
aktiviti penulisan yang berterusan. Galakkan juga murid menggunakan kamus dan
akbar dalam bilik darjah.Aktiviti kuiz, simulasi dan lakonan juga dilihat boleh
membantu.
Langgan:
Catatan (Atom)