Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 9 Oktober 2012






MORFOLOGI 
(GOLONGAN KATA)

Morfologi bermaksud ilmu bahasa yang mengkaji struktur,bentuk dan penggolongan kata dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Struktur kata pula bermaksud susunan bentuk bunyi dan tulisan yang menjadi laras bahasa bermakna.  Bentuk kata pula adalah tatabahasa sama ada dalam tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata adalah proses menjenis atau mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dalam ayat.

 Menurut  Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Penggolongan kata terdapat konstituen-konstituen utama iaitu Frasa subjek dan Frasa predikat. Kedua-dua frasa ini membentuk :

    -  frasa nama (FN)

     -  frasa kerja (FK)

     - frasa adjektif (FA)

   -  frasa sendi nama (FS)

Setiap frasa-frasa tersebut mengandungi tunjang yang mewakili frasa-frasa  
tersebut. Kata nama ,kata kerja dan kata adjektif adalah kata utama kerana   menjadi inti frasa-frasa ayat iaitu frasa nama,frasa kerja,dan frasa adjektif.  Golongan kata ini tidak menjadi frasa utama kerana dikelompok dalam klausa   secara langsung dan kata secara kolektif iaitu kata tugas. Secara kesimpulannya  golongan kata dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat :
  -   kata nama

    -  kata kerja

     - kata adjektif
      -kata tugas

1)KATA NAMA

Kata nama boleh di kategori kepada tiga kumpulan iaitu, kata nama khas, kata
nama am dan kata ganti diri.

      i)Kata nama khas
Kata nama khas merujuk khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,benda, tumbuhan , perbadanan,pangkat,undang-undang,bangsa, bahasa dan sebagainya
contoh : Puan Zarina,Profesor Ahmad, Bank Simpanan Nasional, Perdana Menteri dan sebagainya. Dalam tulisan, huruf pertama mesti ditulis dengan huruf besar.
Kata nama Khas juga boleh dibahagi kepada dua bab iaitu nama khas hidup dan nama khas bukan hidup. Nama khas hidup pula ada dua iaitu manusia dan bukan manusia. Contoh  Muhd Hakimin dan Si Comot.

     ii)Kata nama am
Kata nama am merujuk kepada benda,perkara,atau konsep yang umum sifatnya.Dalam tulisan,huruf pertama ditulis dengan huruf kecil kecuali ketika memulakan ayat. Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberap kategori iaitu kata nama tunggal,kata nama terbitan,kata nama majmuk, dan kata nama ganda.
*kata nama tunggal – guru,sekolah, Negara,rumah dan sebagainya
(perkataan yang terdiri daripada kata dasar)
*      kata nama terbitan – ketua,kehendak, jutawan,penyapu dan sebagainya
(terhasil dari proses pengimbuhan)
*kata nama majmuk – guru besar,kucing, balai polis
(terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih)
*kata nama ganda – buku-buku,burung-burung, kuih muih dan sebagainya
(kata yang telah mengalami proses penggandaan)

      iii)Kata ganti nama
Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada enam kategori :      
   kata ganti diri 
   (pertama : aku,saya)
   (kedua : awak, kalian)
   (ketiga : dia, mereka)
*kata ganti tanya
(apa,siapa,mana)
* kata ganti diri singkat
(ku, mu, kau)
*kata ganti tempat
(sini,situ)
*kata ganti tunjuk
(ini,itu)
*kata ganti tak tentu
(apa-apa,siapa-siapa,bila-bila)







rama-rama

2 ulasan: