Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 13 November 2012

 
KATA TANYA

1. Kata tanya digunakan untuk membentuk 
   ayat-ayat tanya.

2.Beberapa contoh kata tanya yang biasa 
   digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, 
   mana, mengapa dan siapa.

3 Kesalahan umum dalam penggunaan 
   kata tanya sering berlaku pada kata tanya
   apa dan siapa.

4. Kata tanya apa boleh digunakan hanya 
   untuk menanyakan nama benda atau
   binatang sahaja.

5.Kata tanya siapa pula boleh digunakan  hanya untuk menanyakan nama manusia

6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut :

a) * Nama kucing ini siapa? (salah)
       Nama kucing ini apa ? ( betul)

b) * Siapa nama mesin ini? (salah)
       Apa nama mesin ini? ( betul)

c) * Apa nama anak saudara ini? (salah)
      Siapa nama anak saudara in? ( betul)


Latihan

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.

1.Harga sehelai baju kemeja ini .........................?

2. ........................kah cara membuat graf menggunakan komputer?

3.........................kah kamu tidak hadir ke sekolah semalam?

4."Abang kamu di .....................?" tanya datuk kepadaku.

5."...................kah kamu akan menghantar kerja kursus ini?" tanya
    Encik Asri.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan