Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 11 Disember 2012


BUDI DIJUNJUNG, BAHASA DISANJUNG

JOM KITA BERPANTUN....

Bertiup bayu di negeri Johor,
Buah berangan di hujung desa,
Orang Melayu sudah tersohor,
Kaya dengan budi bahasa.

Buah berangan di hujung desa,
Ambil pala dan buah duku,
Kaya dengan budi bahasa,
Molek pula tingkah dan laku.

Ambil pala dan buah duku,
Pergi ke lata bertuntun-tuntun,
Molek pula tingkah dan laku,
Tutur kata bersopan-santun.

Pergi ke lata bertuntun-tuntun,
Pergi ke bendang tergesa-gesa,
Tutur kata bersopan-santun,
Mata memandang elok terasa.

Pergi ke bendang tergesa-gesa,
Bawa rakan pergi bertani,
Mata memandang elok terasa,
Ayuh lestarikan nilai yang murni.




2 ulasan:

  1. Tahniah, perkongsian info yang menarik dan bermanfaat!^^

    BalasPadam
  2. Syabas cikgu! Teruskan usaha murni dengan mengemaskini blog agar perkongsian ilmu yang sangat baik ini berterusan dan dapat dikongsi seterusnya dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

    BalasPadam