Halaman

Cari Blog Ini

Selasa, 11 Disember 2012



KATA PENEGAS

1. Kata penegas digunakan untuk menunjukkan penegasan atau menguatkan sesuatu bahagian dalam ayat.

2. Contoh kata penegas ialah :
  -lah, -kah,-tah, -memang, sahaja, lagi, juga , hanya, memang, pun, walaupun, andaipun, mahupun, biarpun.

3. Ayat contoh :
   - Rumah itulah yang sudah dijual.
   - Perangainya memang begitu sejak dahulu lagi.


KATA PEMBENAR

1. Perkataan yang mengesahkan sesuatu perbuatan.

2. Contoh : ya, benar, betul

3. Ayat contoh :
    - Ya, sayalah yang memberikan wang itu.
    - Betul, dia bukan seorang pencuri.


KATA KETERANGAN

1. Kata yang menerangkan kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan yang lain.

2. Contoh ; begini, seketika, sentiasa, barangkali, mungkin.

3. Ayat contoh:
    - Begini sebenarnya cara mengikat tali.
    - Hanya seketika sahaja mereka datang ke sini.
    - Barangkali, pemuda itu bukan orang di sini.

Latihan 

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

                   agak       demikian      hanya       masih       sentiasa

1. "Janganlah kamu bersikap ______________ terhadapnya," kata Yusri kepada Ali.
2. Kami ________________ ingat akan nasihat yang telah diberikan oleh Cikgu Fatimah.
3. Farah semakin cantik tetapi dia ________________ pendiam sekarang.
4. Dia _______________________ menyimpan dendam terhadap orang yang pernah
   menganiayainya dahulu.
5. Saya ___________________ datang ke sini beberapa hari saja.


   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan