beR-....-kan
1.Awalan beR- terdiri daripada imbuhan
ber-, be-, dan bel-
2. Contohnya : ber- ( bersembang,berlari,
berjumpa )
: be- ( bekerja, beroda, berasa )
: bel- ( belajar )
: ber...an ( berpanjangan, berguguran,
bersalaman )
: ber...kan ( berbumikan, berlantaikan,
3. Ayat contoh :
a) Mereka bersembang di halaman rumah.
b) Dia bekerja di sebuah syarikat perkapalan.
c) Kakaknya belajar di luar negara.
d) Dedaun itu jatuh berguguran apabila ditiup angin.
e) Pak Cik Ahmad mendiami rumah yang sungguh uzur
dan hanya berlantaikan tanah sahaja.
Latihan
Berikan imbuhan beR-, beR...an,
atau beR-...-kan pada kata yang
berikut.Kemudian lengkapkan ayat.
hampir alas jiran lembut roda
1. Kami terpaksa __________ apabila bercakap dengan
Mimi.
2. Rumah Jamilah ___________ dengan pejabat pos.
3. Rosmah ___________ dengan guru baharu itu.
4. Kereta lembu ialah kenderaan yang _________dua.
5. Pengemis itu tidur __________ surat khabar.
lepas jawab soalan, barulah boleh pergi bermain......
jelas dan cantik. terima kasih.
BalasPadamTerima kasih untuk kedua-duanya kerana sokongan anda.
BalasPadamBagus blog yang menarik dan sesuai untuk anak murid!
BalasPadam